SENARAI BANTUAN

PERDANA FELLOWS ALUMNI ASSOCIATION (PFAA)

Nama Projek:
STRUCTURED BOOTCAMPS DAN COMMUNITY OUTREACH FELO PERDANA 2023
Lokasi Projek:
KUALA LUMPUR
Peruntukan:
  • Bantuan
Deskripsi Projek:
Structured Bootcamps Structured Bootcamps Felo Perdana merupakan program latihan berstruktur yang merupakan program yang baru dilaksanakan mulai tahun 2018. Program ini merupakan program asas kepada pembangunan dan peningkatan kendiri semua peserta Felo. Structured Bootcamps ini berbentuk taklimat dan sesi perkongsian ilmu bersama golongan professional atau pakar di dalam bidang tertentu seperti kewangan, komunikasi, keusahawanan, teknologi dan pembangunan sumber manusia. Tumpuan utama adalah mengenai value added kepada kemahiran, personal skill, soft skill, pengurusan diri, kemasyarakatan, teknologi maklumat dan penyelidikan. Community Outreach Program ini adalah satu program berbentuk khidmat masyarakat yang dijalankan sendiri oleh peserta Felo Perdana. Penyertaan felo dalam program ini dapat meningkatkan sumbangan felo kepada masyarakat melalui penyertaan dalam program berbentuk kesukarelaan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program gotong royong, tuisyen, kelas penggunaan sosial media, bantuan makanan dan sebagainya kepada komuniti setempat. Program ini akan menggalakkan keterlibatan peserta felo dengan masyarakat setempat selain memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta Felo Perdana
Jumlah Bantuan:
RM 30,000.00
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 10-05-2026, 06:24:01
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.